.

Monday, August 1, 2011

Update Blog Menggunakan Blackberry

Here we go!

Setting pada blogspot dulu :
Pergi pada Posting Options
Pada Email Posting Address : gantikan perkataan secretword tu..tukar lah korang nak guna perkataan ape. * address ini akan diguna kan utk korang post/publish entry korang dari Blackberry.

Pilih Publish emails immediately
Then SAVE

Then pada pergi pada Blackberry korang utk SETTING EMAIL

SETUP > EMAIL ACCOUNTS > INTERNET MAIL ACCOUNT > SETUP EMAIL ACCOUNT
Akan keluar list Yahoo..Gmail..AOL, Windows live..& Other..
Pilih salah satu acc email ape yang korang nak guna – mcm aku guna @gmail.com
Masukkan email address, & password email korang mcm biasa, cth kalau guna yahoo, korang masukkan username & password yang sama, mcm korang enter email korang.
Kalau korang pilih mcm aku tu, just ikut je flow dia.
Bila dah habis setup email acc, pergi balik pada home & korang akan nampak icon baru, cth : aiebest@gmail.com, kalau korang setup yahoo..dia keluar yahoo lah..
Then masuk pada aiebest@gmail.com, korang akan received activation server.
Dah boleh lah nak cuba post entry korang dari Blackberry :)

Cara-cara dia, pergi pada aiebest@gmail.com tu, then tekan pilih Compose Email
Pada 'To' : korang letak kan email posting address yang korang setup mula2 tadi kat blogspot setting email&mobile tu
Pada 'Subject' : Korang letak tajuk entry korang.. then tulis lah entry korang mcm biasa kat tempat kosong kat bawah subject tu.
Nak insert gambar, pergi options pilih attach. Nak post, tekan SEND, siap!
Selamat mencuba!

☑ ρѻѡεƦәԀ by asteroid from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, July 13, 2011

Blackberry & Angry Bird



Dah lama tak update blog, biasa la tak ada idea nak cerita,
tapi sekarang rasa nya boleh la selalu sebab nya nak cerita pasal blackberry,

Angry Bird ? ini ke Game Yang popular sekarang, haha.. tak dinafikan, memang menarik bro, game nie sekarang boleh main dekat blackberry ,

Download

banyak lagi cerita pasal blackberry nie,
tapi kena tunggu la, nak aktifkan balik blog nie,

p/s : ingat nak buat review pasal android & linux .. boleh kot, satu2 la kan.. haha ..

Wednesday, June 9, 2010

Cara Mudah Meningkatkan Traffic Blog !


Wah ! lama sudah tak update blog, Sangat rindu pon!! Mood agak kurang nak update blog nie, tapi semenjak beberapa hari nie ada kawan – kawan baru nak buat blog, Bila dah ada blog boleh lah cuba cara-cara ni.

1.Blogwalking!

Contohnya korang pergi melawat kat Blog org lain, tinggalkan lah Url Blog korang, senang nya pon..


2.Tulis Cerita Menarik.

Nie memang perlulah kalau nak pembaca yang ramai. Kalau tak ada idea langsung, korang buat lah luahan perasaan ke, kisah cinta korang ke, tadi makan kat mana ke, isu semasa ke, senang nya pon..


3.Ping blog !

Ping ini sebenarnya merupakan salah satu cara untuk bloggers berhubung dengan "search engine" seperti
"Google, Yahoo, dll". Maksud berhubung disini ialah salah satu cara untuk bloggers
memberitahu kepada
search engine bahawa blog korang sudah di update Dengan cara ini, "search engine" akan menghantar askar spider diaorang untuk mengenalpasti blog korang " hehe , .

Senang cite, "PING" ini adalah satu proses penting supaya blog kita sentiasa "updated" pada "search engine".
Sekaligus, ini akan meningkatkan lagi trafik blog!! untuk meningkatkan trafik blog korang , rajin sikitlah "ping" blog korang 2 kali sehari ke, maybe…

website "PING" yang boleh korang cuba :

* Ping-0-matic
* Weblogs
* Pingler
* Pingoat
* Pingmyblog

4.Korang ada Facebook ? Tagged ? Friendster ? Myspace ? Ym ?

Kan kat status korang tue, tulis la url blog korang, haha, senang nya pon..

5.Tinggalkan Komen kat Blog Yang Korang Singgah !

komen kat blog orang lain boleh dapat trafik, sebab diaorang mesti baca komen korang,
pastu diaorg mesti nak tau sapa korang kan, kan haha senang nya pon..